Tuesday, December 6, 2011

" BULAN SIANG "

Kita telah terpisah
di antara langit dan  bumi
maaf segala yang terlebih dan terkurang
terkasar kata kata dan tingkah laku
segala yang kulakukan demimu
supaya kau menjadi manusia
yang lebih berjaya dan berjiwa
usah sebut kata RINDU
jangan bilang harimu jadi tidak bermakna tanpaku
kerana ada aku atau tiada
seolah tidak meninggalkan bekas dihatimu
hilangku dari sisimu hanya rasa kehilangan yang sementara 
dan segalanya akan jadi seperti sedia kala
apabila ada tetamu dihatimu yang lebih bererti daripadaku
usah lagi kau tatap gambar kenangan
kerana kenangan bersamu mahu ku usir jauh
sehingga tidak meninggalkan kesan
Bukan benci atau dendam
menjadi api yang membakar diri
tapi hanya aku rasa berkecil hati
padamu aku hanya bulan yang bersinar diwaktu siang
wujud tanpa diintai, hilangnya tidak dicari...

No comments:

Post a Comment